Friday, September 30

Jersey For Sale~






Gred 'AAA'
Made in Thailand
Saiz M,L,XL
RM 38 sehelai
Pos RM 6 (luar Kuantan)
COD di Kuantan
Contact Person 013 3720717

Saturday, March 12

Sekadar Renungan...

Memandangkan penulis sebenar note ini telah pn mendeletekan post nya di Fb, sy postkan kt cni sekadar ingin berkongsi kata2 beliau....

“Jangan terlalu baik, awak mgkin sy rindu.”
“Jangan terlalu mengambil berat, awak mgkin sy suka.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
 p/s: full credit kpd penulis asal...sekadar renungan semata-mata..

Monday, March 7

A true Love Story...



Pencil: I'm sorry... (-_-)

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cause you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. =))

p/s: A true Love is always about sacrificing...even though the one we loved doesn't know..

Cinta Allah kpd hamba-Nya; walaupun hamba-Nya selalu engkar, Allah tidak pernah lupa mengurniakan nikmat udara utk dihirup, rezeki yg melimpah dan sebuah kehidupan agar hamba-Nya sempat utk memperbaiki kesilapan...

Cinta Nabi kpd umatnya; sentiasa menyayangi umat baginda sehingga ke akhir hayatnya...sentiasa memaafkan kesalahan umatnya walaupn umatnya sendiri yg menentang baginda....

Cinta IbuBapa kpd anak; They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

Wednesday, February 16

Doraemon-The last episode



So touching2.... :(

Enjoy!!!

Wednesday, January 12

~Cerita tentang kaseh SayanG~

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid telah bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.
Murid: Cikgu, mcm mne kta nk pilih seseorg yg terbaek sbg org yg paling kta syg? Mcm mne pula kaseh syg itu nk berkekalan??
Cikgu: Owh...kamu ikut saje apa yg sy suruh. Kamu pergi ke pdg. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih rumput yg PALING cantek tanpa menoleh ke belakang lg walau sekali pn. Dah petik rumput yg PALING cantek, bawa ke kelas.
Lalu murid itu buat apa yg disuruh oleh cikgunya. Tapi apabila pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pn di tangannya. Lalu cikgu pn bertanya.
Cikgu: Kenapa tiada rumput yg kamu pilih??
Murid: Tadi semasa sy berjalan, sy carilah rumput yg paling cantek. Mmg ada yg cantek tp cikgu kata petik yg paling cantek. Maka sy pn berjalan tnpa menoleh ke belakang lg. Tapi smpi di penghujung pdg, sy x jmpa pn yg paling cantek. Mgkin ad di antara yg di belakang sy td rumput yg paling cantek, tp cikgu cakap xboleh menoleh ke belakang semula, jd tiadalah rumput yg boleh sy petik.
Cikgu: Ya...itulah jwpannya. Maknanya apabila kta telah berjmpa seseorg yg kta syg, janganlah kta menoleh ke belakang lg kerana yg telah berlalu tetap sudah berlalu. Semoga yg sudah berlaku tidak akan berulang lg. Dan ingatlah org yg paling kta syg itulah yg paling cantek dan paling baik. Walaupn nk ikutkan byk lg yg cantek dan baik seperti ketika kamu nak memetik rumput td.
Murid: Terima kasih cikgu.

Tuesday, November 23

IJAZAH UNTUK MAK

Sekarang.

Kedatangan aidiladha kali ini membawa seribu erti buat Mak Limah. Erti sebuah pengorbanan yang tiada sempadan. Betapa kasih dan sayangnya seorang insan yang bernama anak. Demi cinta yang mendalam kepada ibunya sehingga sanggup bersusah-payah, berpenat-lelah dan bergadai jiwa, semuanya semata-mata untuk kebahagiaan ibunya itu.

6 tahun lepas.

“Dah lama mak mengidam nak tengok anak-anak jadi doktor,” jelas Mak Limah kepada anak sulungnya, Akim. Mak Limah merupakan ibu tunggal beranak empat. Suaminya telah pergi menghadap Ilahi 5 tahun yang lalu. “Mak nak sangat anak mak jadi doktor. Anak jiran-jiran sebelah semuanya jadi doktor. Kalau boleh mak nak tengok kamu jadi doktor juga,” tambah Mak Limah lagi.  Akim hanya mampu mengangguk. Mulutnya terasa berat sekali untuk berkata-kata. Cepat-cepat dia menyembunyikan surat tawaran kedua yang baru diterima petang tadi. Surat tawaran yang sudah lama ditunggu-tunggu. Surat tawaran yang boleh merealisasikan impiannya sejak kecil. Namun begitu, surat tawaran yang pertama, melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan perubatan sudah diterima sejak seminggu  lalu. Sejak itulah juga Mak Limah asyik mendesak Akim untuk terima tawaran itu. Berat hati Akim untuk menerima tawaran tersebut dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana jauh di sudut hati Akim tersimpan sekeping cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan mahu pergi lebih jauh lagi. Namun, dipendamnya dalam-dalam agar tiada seorang pun yang tahu. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu.

2 tahun yang lepas.

Jam menunjukkkan 9 pagi. Cepat-cepat Akim bangun dari sejadahnya tempat dia solat subuh tadi. Sejak 2-3 minggu ini dia selalu tertidur. Mungkin terlalu penat dan mengantuk akibat berjaga malam. Di jadual tertulis kelas neurology tepat jam 9 pagi juga. “Alamak, dah lambat ni! Sempat ke nak ke kelas?” Bisik hati Akim. Kawan sebiliknya, Kamal masih nyenyak tidur. Kamal merupakan pelajar jurusan sains aktuari dan telah menjadi teman sebilik Akim sejak pertama kali Akim menjejak kaki ke bumi UK ini. “Mungkin Kamal takde kelas pagi ni. Biar je la dia tidur,”kata Akim apabila terpandang Kamal yang enak dibuai mimpi lagi. Tanpa berlengah-lengah, Akim mencapai kunci basikal dan menuju ke kelas.
Sesampainya di dewan kuliyah, kelibat pensyarah, Dr. Williams masih belum kelihatan. Akim bernasib baik kerana Dr. Williams lebih lewat daripadanya. Pantas dia mencari tempat duduk yang masih kosong. Kelihatan Tina, rakan rapatnya di kelas melambai-lambai ke arah Akim sambil menunjukkan kerusi yang masih kosong di sebelahnya. “Fuhh, nasib baik Dr Williams belum datang lagi!!”Kata Akim sambil menggosok-gosok dadanya. Akim melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Tina. “Apasal lambat?” Tanya Tina. Akim hanya tersenyum lebar. Dia tahu Tina sudah pun dapat mengagak sebab kelewatannya. Walaupun sebelum ini belum pernah lagi terlewat, namun sejak kebelakangan ini Akim seolah-olah sudah terbiasa. Sebagai rakan baik Akim di kelas, Tina risau akan tabiat baru Akim yang selalu terlewat ke kelas. Sebelum ini Akim belum pernah lagi lewat sewaktu di tahun pertama dan kedua. Malah Akim selalunya lebih awal daripada Tina. “Saya rasa awak sakit la. Muka awak nampak pucat,”jelas Tina sambil membelek-belek muka Akim. “Ishh, mana ada saya sakit! Awak ni memandai je. Saya belum sarapan lagi . Sebab tu saya pucat. Lagipun malam-malam saya selalu tidur lewat. Sebab tu asyik lambat ke kelas. Apa la awak ni, haha!!” Kata Akim kepada Tina sambil tergelak. Mungkin disebabkan wajah Tina yang lucu apabila bermuka serius. “Ishhh, ada ke patut orang tengah serius ni dia gelak pulak. Memang awak ni sakit la,”kata Tina sambil menumbuk bahu kiri Akim. Keakraban dan keserasian mereka berdua sudah dapat dilihat sewaktu mula-mula berkenalan dulu lagi. Mungkin disebabkan bilangan pelajar Malaysia yang tidak ramai dalam kelas mereka menjadi punca mereka bersahabat baik sehingga sekarang. Kedua-dua mereka saling mengenali hati budi masing-masing. Selalu bertukar-tukar cerita dan mengadu masalah antara satu sama lain dan selalu belajar bersama-sama di perpustakaan apabila peperiksaan menjelang tiba.
  
Setahun lepas.

Kamal bangun awal pagi itu. Dia sepatutnya ada kelas pada pukul 8. Jam dinding menunjukkan pukul 7.45 pagi. Dia teringat akan pesan Akim supaya mengejutkannya kerana dia juga ada kelas pada jam 8 pagi. “Nyenyaknya tidur. Kesian pulak nak kejut. Tapi kena kejut jugak,” getus Kamal. “Akimm, bangun Akim. Cukup-cukup la tidur. Kau kan ada kelas pagi ni. Bangun cepat!!” Serkah Kamal dengan nada tinggi. Berkali-kali dia cuba kejutkan Akim pagi itu. Tetapi tiada respons. Kamal mula risau. Disentuhnya kepala Akim. Panas. Wajah Akim juga sangat pucat. Tanpa membuang masa terus dia menghubungi ambulans hospital universitinya.
Di hospital, setelah diberi rawatan Akim mula sedar. Doktor mengesahkan Akim mempunyai tekanan darah yang sangat rendah. “Tekanan darah kamu sangat rendah. Sebab itulah kamu tak sedarkan diri tadi. Tapi kami perlu menjalankan beberapa ujian lagi untuk memastikan kamu betul-betul takde masalah,” jelas doktor kepada Akim serta Kamal yang turut berada di situ. Akim memandang Kamal dan mula bersuara,”Kau pergilah ke kelas. Tak perlu temankan aku. Nanti terlepas pulak kelas. Rugi tu. Lepas kelas nanti kau datang la balik.” Kamal teragak-agak untuk meninggalkan teman sebiliknya itu. “Baiklah, aku pergi kelas dulu. Nanti petang sikit aku datang lagi. Okey!!” Pesan Kamal. Akim mengangguk sambil tersenyum. Dia tahu Kamal sangat mengambil berat tentangnya. Sudah pasti dia risau untuk meninggalkan Akim seorang diri di situ lagi-lagi bila Kamal juga mengetahui pasal penyakit yang dihidapi Akim. Setelah menjalani ujian MRI, ujian darah dan beberapa ujian lagi, doktor datang kepada Akim yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke bilik. Selaku pelajar perubatan tahun akhir, Akim sudah dapat mengagak tujuan ujian-ujian tersebut dijalankan ke atasnya. Lagipun sudah beberapa kali Akim datang berjumpa dengan doktor yang sama, menjalani ujian-ujian yang sama sejak beberapa tahun berada di UK. Akim sebenarnya mempunyai sistem antibodi yang sangat lemah dan semakin lemah dari hari ke hari yang berpunca dari perubahan iklim. Sistem imun tubuhnya tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Ditambah lagi dengan sel tumor yang dikesan di otaknya. Apa yang dirisaukan ialah jika sistem pertahanan badannya tidak mampu lagi mengekang sel itu dan meletakkan nyawa Akim dalam bahaya. “Antibodi kamu makin lemah Akim. Kalau kamu pulang ke Malaysia sekarang  masih sempat lagi untuk pulih dan sel kanser di otak kamu boleh dirawat,” terang doktor itu bersungguh-sungguh. Akim seolah-olah sudah menduga akan jawapan daripada doktor. “Terima kasih atas nasihat itu. Tetapi seperti yang saya cakap sebelum ini, saya tak boleh balik lagi. Tidak sekarang,” tegas Akim. Doktor hanya mampu menghela nafas panjang. “Baiklah, saya faham. Saya tak boleh nak paksa awak. Tiap kali pun awak tetap dengan pendirian itu. Tapiiii……,” belum sempat doktor menghabiskan ayatnya, Akim mencelah, “Okeyla doktor. Terima kasih sebab merawat dan menasihati saya. Saya sangat menghargainya,” jelas Akim sambil tersenyum. Hasratnya hanyalah satu. Untuk merealisasikan impian ibunya. Membawa pulang segulung ijazah perubatan. Akim hanya mahu membalas balik jasa ibunya yang dianggap paling utama di dunia ini. Walaupun terpaksa membahayakan nyawanya sendiri, Akim tidak akan sesekali mengecewakan harapan ibunya itu. Dia sedar jika dia pulang sekarang, hasratnya itu tidak mungkin akan tercapai. Dia juga tidak mahu ibunya tahu pasal keadaan kesihatannya dan menjadi risau disebabkannya. Buat masa ini cukuplah dia seorang sahaja yang risau. Setahun sahaja lagi tinggal untuk dia menggengam ijazah dan pulang kepada ibunya yang menanti di kampung. “Semoga diriku dapat bertahan sehingga ke saat itu,”bisik hatinya. Kelihatan kelibat Kamal datang untuk membawa Akim pulang ke bilik. Dan bersama-samanya ialah Tina yang datang untuk mengetahui keadaan Akim. “Kenapa sakit tak beritahu saya?” Tanya Tina dengan muka yang risau. “Sakit biasa je. Tak perlu risau pun,” jawab Akim selamba. Seolah-olah tidak mahu Tina tahu keadaan kesihatannya yang membimbangkan itu. Tina memang sangat mengambil berat pasal Akim. Ketiadaan Akim di kelas pagi tadi menyebabkannya risau dan gelisah. Tina merupakan seorang yang baik tetapi agak pendiam. Tetapi apabila bersama Akim, Tina akan menjadi seorang yang aktif dan ceria. Tina tampak selesa ketika di samping Akim. Mungkin disebabkan perkenalan mereka yang sudahpun menjangkau lebih 3 tahun.

Sebulan yang lepas.

Akim hanya melepak sambil bersandar di beranda biliknya. Menikmati angin musim panas yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hakikat tempoh pengajiannya yang sudah berakhir dan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk pulang membawa balik ijazah kepada ibunya mengubat sedikit hati yang lara. Tina yang biasanya pulang ke Malaysia bersama-sama Akim telahpun berangkat balik semalam. Itulah yang menjadikan Akim sedih. Tina bakal melangsungkan pertunangan dengan pilihan bapanya. Juga seorang doktor. “Aku tahu kau sukakan dia. Kenapalah kau tak beritahu je. Tak elok kau asyik menipu diri sendiri. Kau juga yang merana nanti,” sapa Kamal yang baru sahaja siap mengemaskan barang-barangnya. Kamal tahu tentang perasaan Akim terhadap Tina. Walaupun tidak pernah diceritakan Akim, tetapi dari riak wajahnya sudah dapat dibaca. “Tak apalah. Pilihan bapa Tina adalah terbaik untuknya. Dibandingkan dengan aku yang tak seberapa ni. Apalah sangat. Lagipun aku sakit. Tak mampu nak bahagiakan Tina,” jawab Akim sambil merenung ke langit. Seolah-olah berserah dengan takdirnya. Akim hanya terdiam. “Hah, satu lagi!!! Hasil tulisan kau yang sekotak tu. Bila la baru kau nak beritahu keluarga kau yang kau sebenarnya minat nak jadi penulis. Bukannya doktor. Ishh, tak faham betul aku!!! Luah Kamal tanda tidak puas hati. Yang telah lama dipendamnya. Tiba-tiba Akim bersuara,“Oh, baru aku teringat!! Aku ada temujanji dengan doktor hari ni. Terakhir sebelum pulang ke Malaysia.” Akim baru teringat pasal temujanjuinya itu. “Aku pergi dulu,” kata Akim sambil mencapai kunci basikal dan keluar meninggalkan Kamal seorang diri di situ. “Nak lari dari aku la tu. Baru je cakap sikit, dah merajuk,” getus Kamal. Namun, petang itu Akim tidak pernah sampai ke hospital. Doktor yang merawat Akim mula berasa hairan. Akim tidak pernah lagi lambat sebelum ini. Dua jam menanti tetapi Akim masih belum tiba. Menambahkan lagi kerisauannya. Tiba-tiba bunyi siren ambulans mengejutkannya dari lamunan. Akhirnya apa yang paling ditakutkan telah berlaku. Tubuh kaku Akim sedang diusung keluar dari ambulans itu. Sepasukan doktor sedang berhempas-pulas untuk menyelamatkan Akim. Akim dijumpai pengsan di bangsal tempat dia meletakkan basikal oleh tukang kebun kolejnya. Keadaan Akim sangat teruk. Tumornya semakin membesar dan kuat menekan otaknya. Tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh doktor. Kedegilan Akim untuk tetap merealisasikan impian ibunya telah mengorbankan nyawanya sendiri. Akim disahkan meninggal dunia tepat jam 9.43 malam di UK. Jasadnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di UK atas kehendak ibunya sendiri. Kamal telah menceritakan segala-galanya kepada Mak Limah tentang cita-cita sebenar Akim. “Saya rasa Akim mahu menghadiahkan ini untuk mak cik,” kata Kamal sambil menyerahkan segulung ijazah kepada Mak Limah. Dibukanya gulungan sijil itu dan tertera nama Akim di situ. Dan di belakang sijil terdapat tulisan, ‘Ijazah untuk mak’. Berderai jatuh air mata Mak Limah. Penuh dengan penyesalan. Kedatangan Aidiladha kali ini benar-benar mengajarnya erti sebenar pengorbanan. Selamat hari Raya Aidiladha…….

Thursday, November 4

~uNdeR construcTion!!!~

Due to some problems....this site will be under construction for some time....just wait for the next announcement~